RAMADHANIAN ATAU RABBANIAN ???

KISAH 1
 
      Pada awal bulan Ramadhan, terdapat sebuah masjid yang digelar masjid Al-Amin. Kelihatan kelibat seorang insan bernama Anas sedang khusyu' melakukan ibadah kepada Allah SWT sementara menunggu azan subuh berkumandang. Amalannya itu akan dilakukan pada setiap pagi pada bulan Ramadhan dan dipandang tinggi oleh orang lain.

KISAH 2

      Di pagi subuh yang menyegarkan, semua orang islam dikejutkan dengan laungan azan subuh dari setiap masjid bedekatan supaya mereka boleh bergegas untuk solat berjemaah di masjid. Imam Syed mengetuai solat subuh tersebut dan beberapa minit selepas imam memberi salam, seorang hamba Allah memasuki rumah Allah untuk menunaikan solat dan orang sekeliling menggeleng kepala kepeningan melihat perangai orang tersebut. Di bulan Ramadhan, amalannya dilakukan dengan konsisten dan tekun tapi sebaik sahaja Syawal tiba, konsistennya hilang,amalan semakin berkurang dan kelibatnya di masjid juga semakin sukar dicari.

  Cuba anda teka siapakah hamba Allah di kisah 2 ini ??


PENGAJARAN
         Dari kedua-dua kisah tadi, kita dapat melihat seorang manusia dengan dua personaliti yang berbeza-beza pada bulan-bulan yang tertentu. Ini yang dimaksudkan dengan Ramadhanian iaitu hamba kepada Ramadhan dan hanya melakukan ibadah dengan hebat pada bulan Ramadhan sahaja. Berbeza pula dengan Rabbanian iaitu hamba kepada tuhan kita iaitu Allah SWT . Dengan menjadi Rabbanian, kita akan sering melakukan ibadah kerana kita tahu Allah berada dimana-mana dan pada bila-bila masa.