Pada suatu hari, ada seorang pengembara yang sedang menghayati keindahan alam. Beliau berjalan sambil melihat keadaan alam sekitar sambil memuji tuhanNya.
Apabila sudah lama berjalan, beliau berhenti di sebuah taman yang dipenuhi dengan buah-buahan.
Beliau terasa penat dan mahu berehat sambil menikmati buah-buahan itu. Buah itu sangat sedap tetapi terlalu kecil. Pengambara itu pun berkata.."Kalau lah buah ni besar macam tembikai, tentu lagi kenyang dan sedap"..
setelah lama beliau berehat di bawah pokok buah-buahan tersebut, beliau pon tertidur..
Tiba-tiba, sebiji buah tersebut gugur dari pokok dan mengenai batang hidung pengembara tersebut.
Lalu beliau tersedar dan beristighfar..Beliau tercari2 benda yg jatuh atas hidungnya tadi.
Beliau melihat buah yg kecil tadi dan berfikir..."Alhamdulillah buah ni kecil, kalau besar macam tembikai, mesti dah patah hidung aku"..
~PENGAJARAN~
Setiap apa yang berlaku mesti ada perkara yg sebaliknya..atau lebih dikenali dengan Hikmah di sebalik kejadian. Cbe korg fikir, Allah kan pencipta kita, jdi Allah mesti tahu ape kelebihan sesuatu kejadian..Sama la Macam waktu kejadian manusia,
"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30). Tu tahap malaikat, kita nh manusia, so xleh nk kata apa la kan?..jdi setiap apa yg Allah ciptakan mesti ada sebabnya..bukan saja2..
Wallahualam..
0 teguran membina~:
Post a Comment