Bidadari di Syurga

        Pada suatu hari, seorang hamba Allah yang sudah melafazkan syahadah dan masih bertatih dalam mendalami ilmu agama Islam.  Pada suatu hari, beliau menghadiri satu ceramah agama di masjid.
                                                 
         Syarahan ustaz tersebut diteruskan sehingga masuk bab syurga. Si fulan yang baru masuk Islam sangat teruja mahu mengetahui mengenai syurga.Habis kuliah dan solat, si fulan pergi bertanyakan soalan lanjutan kepada ustaz tersebut. Sebenarnya dia kurang faham mengenai gambaran syurga oleh ustaz tersebut.
         Ustaz tersebut kemudian menjawab, "Syurga itu tempat yang sangat indah dan cantik, tidak terbayang oleh kita manusia." Si fulan mendengar ulasan ustaz itu dengan penuh perhatian. Berpuas hati dengan jawapan ustaz tersebut dia pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan menaiki motosikal, dia cuba membayangkan keindahan berada di dalam syurga. Lantas dengan tidak semena-mena, kerana ralit tanpa sedar dia kemudian melanggar sebuah bas yang berhenti di tepi jalan.
       Kerana kecederan yang teruk. dia dihantar ke hospital dan dimasukkan ke wad ICU. Dalam keadaan mamai beliau membuka mata dan mendapati keadaan sekelilingnya serba putih. Kemudian masuk beberapa orang perempuan muda yang cantik juga berpakaian putih dan ada seseorang yang berjubah putih.            

                                   
     Tiba-tiba dia tersenyum dan berkata, "Alhamdulillah, syukur.Akhirnya  saya dapat masuk syurga." Jururawat dan doktor pun tertawa mendengar kata-katanya.

 PENGAJARAN

       Walau bagaimana kita cuba untuk membayangkan dan mengimaginasikan keindahan dan kenikmatan syurga itu, pastinya kita tidak akan mampu kerana syurga Allah itu hanya dirasai oleh mereka yang menjadi ahlinya.Oleh itu, kita perlu berusaha melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dan meminta agar diberikan keredhoan-Nya  supaya dapat kita kecapi 'jannatul firdaus'..amin

Penulis : Amad and Arif ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Bidadari di Syurga ini dipublish oleh Amad and Arif pada hari 2012-01-23. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Bidadari di Syurga
 

0 teguran membina~:

Post a Comment