ISLAM itu dagang??

 '..Islam datang dalam keadan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang dan beruntunglah orang yang berada dalam keadaan dagang..'


         Pada suatu hari,ada seorang pemuda sedang menunggu seseorang di taman.Kemudian,pemuda tersebut tersenyum dengan kehadiran seorang remaja perempuan.Mereka seronok bermesra dan berpegangan tangan ibarat pasangan yang ber'couple'.

         Tiba-tiba,mereka ternampak seorang pemuda lelaki bermesra dan berpegangan tangan dengan orang disampingnya. Mereka kehairanan lalu menghiraukannya perkara tersebut. Beberapa minit kemudian,mereka ternampak lagi seorang wanita berpegangan tangan dan bermesra-mesraan dengan orang bersamanya. Mereka kehairanan kerana mereka bermesraan dengan jantina yang sama iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.Pemuda tersebut terus berdialog kepada perempuan yang disampingnya. 
Pemuda : Cuba sayang tengok tadi,dunia sekarang dah teruk sampai lelaki pun boleh bercinta dengan lelaki.
Perempuan : Saya pun setuju dengan abang

Pemuda : Tengok kita berdua, cinta yang suci lagi murni.
    
             Mereka berpuas hati dengan perbualan mereka dan tiba-tiba seorang pemuda yang terdengar perbualan mereka datang menyapa mereka. 

 Pemuda(B) :Assalamualaikum,abang dan kakak....Perbuatan yang kalian lihat tadi bukanlah perbuatan sumbang seperti yang anda fikirkan. Itu  yang dikatakan 'Ukhuwahfillah' iaitu bersahabat hanya kerana Allah SWT dan untuk  pengetahuan korang berdua,perbuatan koranglah yang dikatakan sumbang kerana  berpegangan tangan dengan lelaki dengan perempuan. 

  Pasangan tadi terdiam dan berlalu pergi.

    PENGAJARAN
Cuba renungkan hadis dan cerita diatas, orang anggap lelaki bermesra dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan ialah perkara yang dikatakan sumbang manakala lelaki ber'couple' dengan perempuan ialah perkara biasa.Inilah yang dimaksudkan dengan hadis diatas.

     p/s : minta maaf kalau ada salah silap..sekian terima kasih...