ANUGERAH TUHAN

Kita ini sebenarnya diberi bermacam-macam anugerah dan kelebihan. Dan sedar tak kita sebenarnya, semua anugerah ini diberi oleh yang Maha Satu iaitu Allah swt. Salah satu anugerah tersebut ialah MATA kita..Mata kita adalah antara anugerah yang terhebat kerana apa?  Kerana kita boleh melihat satu benda dalam pelbagai pandangan.. Andai kata korang tak percaya.. Cuba anda semua baca ayat-ayat dibawah. Ayat dibawah ditulis terbalik macam awak = kawa. Jadi cuba korang baca.

 NAMUMUGNEP
imak naka ipadahgnem mps kat amal igal. idaj imak kadit naka isareporeb kutnu artnemes utkaw. imak aguj nusuynem hulupes iraj nohomem nafaamek  nad nakaod imak ayajreb nagned gnalremec ay. amiret hisak imak nakpacu anarek idus acabmem golb imak. nakitnan nalucnumek imak adap nalub rebmesid ini.

Anda boleh membacanya bukan? Saya dan sahabat saya boleh, jadi pasti anda boleh..Masih tak dapat? Cuba baca slow2 dan insyallah anda akan dapat membacanya. Ini antara bukti yang kita boleh membaca dengan lancar walaupun perkataan itu diterbalikkan. Sekian terima kasih..
 

RAMADHANIAN ATAU RABBANIAN ???

KISAH 1
 
      Pada awal bulan Ramadhan, terdapat sebuah masjid yang digelar masjid Al-Amin. Kelihatan kelibat seorang insan bernama Anas sedang khusyu' melakukan ibadah kepada Allah SWT sementara menunggu azan subuh berkumandang. Amalannya itu akan dilakukan pada setiap pagi pada bulan Ramadhan dan dipandang tinggi oleh orang lain.

KISAH 2

      Di pagi subuh yang menyegarkan, semua orang islam dikejutkan dengan laungan azan subuh dari setiap masjid bedekatan supaya mereka boleh bergegas untuk solat berjemaah di masjid. Imam Syed mengetuai solat subuh tersebut dan beberapa minit selepas imam memberi salam, seorang hamba Allah memasuki rumah Allah untuk menunaikan solat dan orang sekeliling menggeleng kepala kepeningan melihat perangai orang tersebut. Di bulan Ramadhan, amalannya dilakukan dengan konsisten dan tekun tapi sebaik sahaja Syawal tiba, konsistennya hilang,amalan semakin berkurang dan kelibatnya di masjid juga semakin sukar dicari.

  Cuba anda teka siapakah hamba Allah di kisah 2 ini ??


PENGAJARAN
         Dari kedua-dua kisah tadi, kita dapat melihat seorang manusia dengan dua personaliti yang berbeza-beza pada bulan-bulan yang tertentu. Ini yang dimaksudkan dengan Ramadhanian iaitu hamba kepada Ramadhan dan hanya melakukan ibadah dengan hebat pada bulan Ramadhan sahaja. Berbeza pula dengan Rabbanian iaitu hamba kepada tuhan kita iaitu Allah SWT . Dengan menjadi Rabbanian, kita akan sering melakukan ibadah kerana kita tahu Allah berada dimana-mana dan pada bila-bila masa.
 
 

ISLAM itu dagang??

 '..Islam datang dalam keadan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang dan beruntunglah orang yang berada dalam keadaan dagang..'


         Pada suatu hari,ada seorang pemuda sedang menunggu seseorang di taman.Kemudian,pemuda tersebut tersenyum dengan kehadiran seorang remaja perempuan.Mereka seronok bermesra dan berpegangan tangan ibarat pasangan yang ber'couple'.

         Tiba-tiba,mereka ternampak seorang pemuda lelaki bermesra dan berpegangan tangan dengan orang disampingnya. Mereka kehairanan lalu menghiraukannya perkara tersebut. Beberapa minit kemudian,mereka ternampak lagi seorang wanita berpegangan tangan dan bermesra-mesraan dengan orang bersamanya. Mereka kehairanan kerana mereka bermesraan dengan jantina yang sama iaitu lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.Pemuda tersebut terus berdialog kepada perempuan yang disampingnya. 
Pemuda : Cuba sayang tengok tadi,dunia sekarang dah teruk sampai lelaki pun boleh bercinta dengan lelaki.
Perempuan : Saya pun setuju dengan abang

Pemuda : Tengok kita berdua, cinta yang suci lagi murni.
    
             Mereka berpuas hati dengan perbualan mereka dan tiba-tiba seorang pemuda yang terdengar perbualan mereka datang menyapa mereka. 

 Pemuda(B) :Assalamualaikum,abang dan kakak....Perbuatan yang kalian lihat tadi bukanlah perbuatan sumbang seperti yang anda fikirkan. Itu  yang dikatakan 'Ukhuwahfillah' iaitu bersahabat hanya kerana Allah SWT dan untuk  pengetahuan korang berdua,perbuatan koranglah yang dikatakan sumbang kerana  berpegangan tangan dengan lelaki dengan perempuan. 

  Pasangan tadi terdiam dan berlalu pergi.

    PENGAJARAN
Cuba renungkan hadis dan cerita diatas, orang anggap lelaki bermesra dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan ialah perkara yang dikatakan sumbang manakala lelaki ber'couple' dengan perempuan ialah perkara biasa.Inilah yang dimaksudkan dengan hadis diatas.

     p/s : minta maaf kalau ada salah silap..sekian terima kasih...
 

Keindahan alam!!


berbalik kpd post aku yang sbelum nh, kitorg ade pergi kursus photography kt taman wetland, Putrajaya..
kt situ pemandangan lawa gle..tumbuhan sume cool je..
Tengah leka ambil gambar, tetiba terfikir sejenak mengenai keindahahan alam..
ble tgk bunga2, rama-rama trbang sane-sini, pepatung posing dpan blakang, rase cam perfect alam nh..
badan peluh2 tpi rasa puas..
mgkin post kali nh x byk cakap tpi akan diselitkan dgn gamba2 agar kte boleh menghayati
satu persatu keunikan ciptaanNya.



Rasulullah SAW juga bersabda, yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)
 

sbenarnya satu nikmat..


wuishh!! rsenye dah lme x update blog nh..klau blog ade habuk, mgkin dah berhabuk dah blog nh.. ok2 refresh2 otak jap..pastu usha2 sket tajuk kt atas..
Nikmat yang aku cbe cakap nih nikmat persahabatan.. okeh, bru2 nh ade kawan aku ajak pgi program photographer kt wetland..dengar cam gempak gle, pastu try pgi...



smpai sana,rase segan gle sbb sme kat sane pakai kamera dslr,kitorg pakai kamera compaq je..
tpi xpe..tpitu sme tak penting, ape yg aku cube nak highlight kt sini adalah tentang nikmat persahabatan.. sbenarnya nikmat2 nh payah kte nak rase ble kita tgh menghadapi nikmat tuh, nikmat mula t'rasa bile ia menghilang.. cbe tanye abg2 atau akak2 yg dah abes zaman persekolahan diorang,rindu x kat kwn2 lama?..konfem dorg ckp ye..




jdi bgi sesape yang masih ade kawan2 yg erat, sahabat2 yg erat, tolong cuba utk tidak putuskan perhubungan anda, coz nnti korg akan rasa menyesal..cbe fahami hadith nih “Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim” (Hadith Riwayat Al- Bukhari)...bole faham kn?



lgi satu,bgi yg dah ade shabat baik, atau kawan baik, jgn dok gatal nk mulakan prgaduhan...sebab Saidina Ali pernah berkata "selemah-lemah manusia ialah manusia yang gagal mencari sahabat dan manusia yang lebih lemah dari itu ialah manusia yang telah mensia-siakan sahabat yang telah dicari"...nk ke kita jdi manusia yg lemah? saya x perlukan jwpn anda..just tepuk dada tnya diri..



dan yg paling penting, cbe kita brsangka baik terhadap kwn2 kita coz Sesungguhnya bersangka baik dan berlapang dada itu adalah selemah-lemah ukhuwah. Tahap ukhuwah paling tinggi adalah itsar, iaitu mendahulukan dan mengutamakan kepentingan dan keperluan orang lain dari diri sendiri, sedang diri sendiri juga dalam keadaan yang sangat memerlukan...ade satu sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim). ..wokeh!! dah pnjg lebar dah nh.. hrap para pmbaca dpt memahami kepentingan bersahabat..wallahualam..

 

Bidadari di Syurga

        Pada suatu hari, seorang hamba Allah yang sudah melafazkan syahadah dan masih bertatih dalam mendalami ilmu agama Islam.  Pada suatu hari, beliau menghadiri satu ceramah agama di masjid.
                                                 
         Syarahan ustaz tersebut diteruskan sehingga masuk bab syurga. Si fulan yang baru masuk Islam sangat teruja mahu mengetahui mengenai syurga.Habis kuliah dan solat, si fulan pergi bertanyakan soalan lanjutan kepada ustaz tersebut. Sebenarnya dia kurang faham mengenai gambaran syurga oleh ustaz tersebut.
         Ustaz tersebut kemudian menjawab, "Syurga itu tempat yang sangat indah dan cantik, tidak terbayang oleh kita manusia." Si fulan mendengar ulasan ustaz itu dengan penuh perhatian. Berpuas hati dengan jawapan ustaz tersebut dia pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan menaiki motosikal, dia cuba membayangkan keindahan berada di dalam syurga. Lantas dengan tidak semena-mena, kerana ralit tanpa sedar dia kemudian melanggar sebuah bas yang berhenti di tepi jalan.
       Kerana kecederan yang teruk. dia dihantar ke hospital dan dimasukkan ke wad ICU. Dalam keadaan mamai beliau membuka mata dan mendapati keadaan sekelilingnya serba putih. Kemudian masuk beberapa orang perempuan muda yang cantik juga berpakaian putih dan ada seseorang yang berjubah putih.            

                                   
     Tiba-tiba dia tersenyum dan berkata, "Alhamdulillah, syukur.Akhirnya  saya dapat masuk syurga." Jururawat dan doktor pun tertawa mendengar kata-katanya.

 PENGAJARAN

       Walau bagaimana kita cuba untuk membayangkan dan mengimaginasikan keindahan dan kenikmatan syurga itu, pastinya kita tidak akan mampu kerana syurga Allah itu hanya dirasai oleh mereka yang menjadi ahlinya.Oleh itu, kita perlu berusaha melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dan meminta agar diberikan keredhoan-Nya  supaya dapat kita kecapi 'jannatul firdaus'..amin
 

HIKMAH?



Pada suatu hari, ada seorang pengembara yang sedang menghayati keindahan alam. Beliau berjalan sambil melihat keadaan alam sekitar sambil memuji tuhanNya.
Apabila sudah lama berjalan, beliau berhenti di sebuah taman yang dipenuhi dengan buah-buahan.
Beliau terasa penat dan mahu berehat sambil menikmati buah-buahan itu. Buah itu sangat sedap tetapi terlalu kecil. Pengambara itu pun berkata.."Kalau lah buah ni besar macam tembikai, tentu lagi kenyang dan sedap"..
setelah lama beliau berehat di bawah pokok buah-buahan tersebut, beliau pon tertidur..




Tiba-tiba, sebiji buah tersebut gugur dari pokok dan mengenai batang hidung pengembara tersebut.
Lalu beliau tersedar dan beristighfar..Beliau tercari2 benda yg jatuh atas hidungnya tadi.
Beliau melihat buah yg kecil tadi dan berfikir..."Alhamdulillah buah ni kecil, kalau besar macam tembikai, mesti dah patah hidung aku"..



~PENGAJARAN~
Setiap apa yang berlaku mesti ada perkara yg sebaliknya..atau lebih dikenali dengan Hikmah di sebalik kejadian. Cbe korg fikir, Allah kan pencipta kita, jdi Allah mesti tahu ape kelebihan sesuatu kejadian..Sama la Macam waktu kejadian manusia,



 "Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (2: 30). Tu tahap malaikat, kita nh manusia, so xleh nk kata apa la kan?..jdi setiap apa yg Allah ciptakan mesti ada sebabnya..bukan saja2..
Wallahualam..
 

Kebetulan atau co-incident?


Meh kite renung2 kan....
Perkataan KEBETULAN atau CO-INCIDENT sepatutnya wujud tak?? Itu persoalan yg diajukan kepada anda smua, sepatutnya bagi seorang muslim, perkataan kebetulan tak boleh wujud...sebab perkataan kebetulan sebenarnya dah boleh menjatuhkankan akidah kita..
mungkin ramai yang sedar perkara sebab kita tak pernah didedahkan.. Kita smua tahu yg rukun Iman terbahagi kpd 6 dan salah satunya adalah percaya kepada Qada' dan Qadar...

Sebenarnya ape2 yg berlaku sekeliling kita telah dirancang oleh Allah..Allah dah susun smua perkara termasuklah kita nh anak siapa, belajar kt mna, kahwin ngan siapa..semua tuh Allah dah susun..
tapi kita x sedar semua tuh dan slalu kita cakap"eh, kebetulan je"
tpi smua perkara tu adalah susunan Allah..betol tak?

 

penyelamat dunia dan penyelamat akhirat?

 Budak kecil bertanya.. "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?
" Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan. Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai TUDUNG kepala...!

Kan undang-undang ALLAH suruh perempuan pakai TUDUNG...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di AKHIRAT, kena BAKAR kalau tak pakai TUDUNG!" Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu.

<PENGAJARAN>
Ada hadis yang menyuruh kita mencegah kemungkaran dari tangan iaitu kuasa ke lidah dengan memberikan ceramah, teguran dan sebagainya. Dan kalau x mampu nk buat kedua-dua perkara diatas, cukuplah sekadar kita membencinya di dalam hati kita. Kita kena ingat yang kita adalah pemimpin dan kita akan disoal dengan apa yang kita pimpimkan..
p/s: kita mungkin bukannya pemimpin yang besar2 tapi ingat !! kita ialah pemimpin untuk diri kita sendiri...
 

Jom kita share ukhuwah!!

Terdapat seorang petani yang berkembang buah-buahannya dan selalu memenangi anugerah.Setiap tahun, beliau memasuki buah-buahan dalam pameran dan selalu memenangi hadiah utama.

Pada satu hari, seorang wartawan akhbar yang temuramah beliau dan mempelajari sesuatu yang menarik tentang bagaimana dia menanam buah-buahannya.Wartawan tersebut mendapati bahawa petani itu sebenarnya berkongsi benih dengan jiran-jiran beliau.
'Bagaimana anda mampu untuk berkongsi benih yang terbaik anda dengan jiran anda apabila mereka juga bersaing dengan anda di pameran itu?' wartawan itu bertanya hairan.
'Mengapa tuan,' kata seorang petani, 'tidakkah anda tahu? Angin mengambil debunga dari bunga dan terbangkannya dari satu kebun ke kebun yang lain. Jika jiran saya menanam buah-buahan yang lebih rendah kualitinya, cross-pollinatin yang kurang power akan memberi kesan kepada kualiti buah saya. Jika saya mahu buah-buahan saya berkembang dengan baik, saya perlu membantu jiran-jiran saya untuk membesarkan buah-buahan yang baik juga. '


 ~PENGAJARAN~
Cerita ini juga boleh digunakan sebagai analogi untuk menggambarkan bagaimana manusia saling bergantung antara satu sma lain. Sebagai contoh, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang-orang yang membahagiakan orang lain akan menjadi lebih bahagia. Oleh itu, pentingnya kita sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Kita juga perlu membuat titik permulaan untuk memberikan kegembiraan kepada orang lain supaya dapat menggembirakan diri kita sendiri.