APA YANG ANDA X TAHU TENTANG SEORANG AYAH???

 Cube kite fikir2 balik...
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian... Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? 



Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah /kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi dan tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangannya..ayah pun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang untuk menjenguk..Dengan rambut yangg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita... SAYA sayang ABAH saya......ANDA BAGAIMANA ??
 
 

Duhai Hawa

Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..
Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?
Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan
Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa


PENGAJARAN

Islam ialah cara / sistem hidup yang lengkap.Setiap perkara pasti ada sebab2nya seperti diatas, Allah s.w.t memerintahkan kaum hawa memakai tudung sebabnya nak menjaga kehormatan seseorang wanita dan ingin menunjukkan bahawa betapa mulianya kaum hawa ini.