Pada suatu hari , seorang pemandu sedang memandu kereta untuk menuju ke satu destinasi. Sewaktu perjalanannya , Pemandu tersebut teruskan perjalanannya sehingga dia terserempak dengan satu perhentian yang terkenal dengan kepakaran meng`upgrade'kan kenderaan tapi pemandu tersebut tidak mahu berhenti kerana dia yakin kenderaanya sudah cukup hebat.
Pemandu tersebut teruskan perjalannya sehingga dia terserempak dengan satu perhentian yang terkenal dengan kepakaran membaiki kerosakan kereta tapi pemandu itu tetap tidak mahu berhenti singgah kerana dia mengatakan `aku yakin kereta aku tak ada kerosakan'.
Perjalanan diteruskan sehingga muncul lagi sebuah perhentian dengan kepakaran yang berbeza iaitu menjauhkan kerosakan kereta tapi tanggapannya masih sama iaitu keretanya tidak akan rosak.
Pemandu tersebut teruskan pemanduannya sehingga ditengah-tengah jalan,keretanya `jam'.Pemandu tesebut menyesal dengan sikapnya .
~PENGAJARAN~
Kita renung kembali kisah tadi...Apa kaitannya dengan kelebihan Ramadhan ?
Cuba jadikan kereta itu ialah puasa dan stesen perhentian itu ialah kelebihan Ramadhan (rahmat,keampunan,bebas daria azab api neraka) .Kalau kita tak singgah pada perhentian-perhentian ini untuk membaca al-quran,menderma dan sebagainya,munkin kita tak akan rasa kelebihan Ramadhan maka sia-sia-lah puasa kita.